Resipi Kuih Apam yang simple dan sedap !!

image

Kuih apam dah menjadi kegemaran di rumah saya. Mak saya dah berbulan-bulan mencuba untuk membuat kuih apam tapi tidak berjaya.

Baru-baru ni saya terjumpa resipi yang di-“share” kat facebook. Pendekkan cerita, resipi ni memang sangat simple dan apam yang dihasilkan pun sedap.

 

Bahan-bahan:

2 cawan nasi + 3 cawan air  => blender sehingga hancur

3 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula

1 paket mauripan / yis

 

Langkah penyediaan :

Gaul sehingga sebati kesemua bahan di atas dan perap selama 1 jam.

Ni contoh adunan saya yang da kembang:
image

 

Apabila aduan tu da naik / kembang , masukkan ke dalam acuan atau loyang.

Kukus selama 10minit  untuk acuan saiz kecil apam , 30minit a-45 minit jika menggunakan acuan size sebesar loyang.

Ni gambar hasil apam saya menggunakan acuan dan loyang:
image

image

image

 

Saya sertakan original resipi yang saya jumpa di facebook sebagai kredit kepada tuan punya resipi.
image

Advertisements